HomeUtamaKerajaan Kenalpasti Perayaan, Pesta Masyarakat Suku Kaum Dijadikan Produk Pelancongan

Kerajaan Kenalpasti Perayaan, Pesta Masyarakat Suku Kaum Dijadikan Produk Pelancongan

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah akan berusaha mengenal pasti perayaan atau pesta masyarakat suku kaum di negeri ini untuk dijadikan sebagai produk pelancongan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, pihaknya kini sedang mengusahakan perkara itu dan tidak hanya tertumpu kepada satu etnik malah beberapa lain perayaan akan turut dijadikan produk pelancongan.

Katanya, kementeriannya juga sentiasa memberikan kerjasama padu dalam memastikan semua acara kebudayaan di negeri ini dapat dilaksanakan.

“Ini sekaligus memacu lebih banyak kejayaan kepada kita semua dalam memartabatkan keunikan dan keindahan khazanah budaya untuk kita dan generasi akan datang.

“Sebagai contohnya perayaan Magahau yang dianjurkan Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) pernah mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila pernah menjuarai persembahan tarian dan pakaian tradisional di ITB Berlin Jerman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikian Pesta Magahau 2021 disini semalam.

Hadir sama Presiden SAMORA Datuk Jelani Hamdan.

Jafry berkata, Pesta Magahau yang disambut sememangnya berpotensi untuk diangkat sebagai salah satu produk pelancongan dan kebudayaan negeri Sabah yang utama.

Katanya, selain kisah sejarah sambutan Magahau yang mampu menarik perhatian pelancong, pergerakan tarian ini juga bersifat interaktif dan pastinya mampu membuatkan mereka menari bersama.

“Pesta seumpama ini juga merupakan platform yang baik bagi pihak kerajaan untuk mencipta kesan limpahan ekonomi secara langsung kepada masyarakat tempatan.

“Inilah masanya untuk kita memperkenalkan produk-produk etnik Rungus seperti kraftangan, pakaian tradisi, produk makanan, hasil tani dan sebagainya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular