HomeUtamaSabah catat 2,866 kes penularan denggi

Sabah catat 2,866 kes penularan denggi

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 2,866 kes penularan denggi telah dilaporkan berlaku di negeri ini dengan peningkatam sebanyak 50.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Kota Kinabalu mencatatkan penularan jangkitan aktif tertinggi iaitu sebanyak 1,033 kes, di ikuti Tawau (578 kes), Sandakan (500 kes), disusuli daerah Penampang dan Putatan.

“Namun, di sebalik lonjakan kes ini, saya ingin memuji komitmen jitu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan fasiliti kesihatan di sini yang berjaya mengawal pengurusan pesakit sehingga merekodkan sifar kematian pada tahun ini.

“Begitu juga di lokaliti tumpuan kita hari ini; Pekan Manggatal dan Kampung Cenderamata 2, Likas, masing-masing merekodkan sifar kematian akibat denggi sepanjang lima tahun berturut-turut iaitu bermula 2022 sehingga 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis sambutan hari denggi Asean, hari malaria sedunia dan gotong-royong mega peringkat kebangsaan bersempena jelajah ANMS 2026 di sini pada Ahad.

Dr Dzulkefly berkata, situasi itu menuntut pendekatan ‘whole-of-government’ dan ‘whole- of-society’ yang melibatkan semua pihak dalam mencegah denggi. 

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memperkukuh strategi kawalan Denggi melalui inisiatif Komuniti Bebas Denggi (KomBeD), dengan menerapkan pendekatan ‘Behavioural Insights’ tahun ini bagi menggalakkan perubahan tingkah laku masyarakat ke arah amalan pencegahan yang lebih mampan.

Terdahulu, Dr Dzulkefly berkata, jumlah kes denggi di Malaysia setakat 13 Jun lalu adalah sebanyak 33,367 kes, meningkat 20.70 peratus berbanding 2025.

Beliau berkata, Malaysia berada di kedudukan ketiga, di belakang Indonesia sebanyak 39,672 kes dan Vietnam (35,986 kes).

“Namun ini bukanlah alasan untuk kita berasa selesa. Hakikatnya, ‘incidence rate’ kita adalah yang tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN!,” katanya.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Gagal pamer tanda harga, pengusaha restoran di Labuan dikenakan kompaun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular