HomeUtamaYKN Cadang Wujudkan Anjung Kasih Di Setiap Negeri

YKN Cadang Wujudkan Anjung Kasih Di Setiap Negeri

Read Time:1 Minute, 37 Second

SANDAKAN: Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bercadang untuk mewujudkan Anjung Kasih di setiap negeri bagi memberi kemudahan penginapan sementara kepada ahli keluarga yang mengiringi pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pada masa ini sebanyak 16 buah Anjung Kasih YKN telah beroperasi sepenuhnya di beberapa buah hospital di seluruh negara.

Katanya, kemudahan ini telah dapat memberi manfaat kepada 80,574 orang penghuni semenjak ia mula beroperasi pada tahun 2006 secara berperingkat hingga sekarang.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan serta keperluan setiap golongan masyarakat di negara ini.

“Dalam hal ini juga YKN bercadang untuk mewujudkan Anjung Kasih di setiap negeri. Meskipun jumlah Anjung Kasih yang ada secara relatifnya kecil, namun ianya berjaya menjimatkan kos perbelanjaan mereka yang dianggarkan secara purata di antara RM100 hingga RM120 sehari jika mereka menginap di hotel dan rumah tumpangan berbayar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Anjung Kasih YKN di Hospital Duchess Of Kent Sandakan disini semalam.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Rina yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN Malaysia berkata, Anjung Kasih itu terbukti memberi pulangan faedah sosial dan kewangan yang tinggi kepada mereka yang terlibat.

Katanya, ia juga telah menjadi penjana atau penyumbang kasih sayang kerana waris dapat menemani ahli keluarga dengan menginap di Anjung Kasih YKN.

“Anjung Kasih dapat membantu pihak hospital mengurangkan kepadatan di wad-wad dengan penyediaan tempat menginap yang selesa kepada waris pesakit.

“Hal ini juga membantu mengurangkan risiko jangkitan penyakit kepada penjaga dan juga pesakit di wad.

“Sehubungan itu saya berharap supaya kemudahan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan dijaga dengan baik oleh masyarakat dan golongan sasar,” katanya.

Katanya, usaha YKN untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan pasti berjaya dan memberi implikasi positif terhadap sosial dan ekonomi apabila disokong oleh semua pihak samada kerajaan, syarikat swasta atau korporat, NGO mahupun orang peseorangan.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular