HomeUtamaKerajaan Negeri Terbuka Terima Pandangan Pemain Industri Bantu Merancakkan Pelancongan Sabah

Kerajaan Negeri Terbuka Terima Pandangan Pemain Industri Bantu Merancakkan Pelancongan Sabah

Read Time:2 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Idea dan cadangan daripada oleh pihak berkepentingan adalah penting bagi membantu membina semula industri pelancongan Negeri Sabah.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, berkata Kerajaan Negeri terbuka untuk menerima dan menilai cadangan daripada pemain industri bagi memastikan kejayaan pelancongan tercapai.

“Kita perlu memahami antara satu sama lain. Kita menerima banyak permintaan daripada pihak berkepentingan, tetapi kerajaan juga mempunyai batasan. Apa yang penting adalah untuk kita semua untuk mencapai kata sepakat.

“Kita juga harus mencapai kata sepakat sekiranya ada keperluan untuk kita membantu mengemukakan sesuatu cadangan kepada Kerajaan Negeri atau Persekutuan untuk industri pelancongan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sesi Penglibatan Bersama Pemain Pelancongan Bagi Tahun 2022 di sini, pada Isnin.

Joniston, yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), berkata keputusan membatalkan ujian saringan Covid-19 bagi pengunjung yang divaksin sepenuhnya ke Sabah adalah contoh persefahaman yang baik antara pemain industri dan Kerajaan Negeri.

Pada bulan November lepas, pihak AirAsia, Malaysia Airlines dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengutarakan cadangan pembatalan itu dan perkara tersebut dibawa ke perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ketua Menteri berpendapat ia adalah idea yang baik dan membincangkannya dengan lebih lanjut dengan Setiausaha Kerajaan Negeri. Apabila pemain industri membuat syor, kita bantu mengemukakannya kepada Kerajaan Negeri dengan justifikasi.

“Ini adalah contoh bagaimana kita harus saling memahami dan bekerjasama dengan lebih baik untuk kebaikan bersama. Saya berharap melalui sesi penglibatan ini, kita dapat bersatu untuk menghidupkan semula strategi untuk membawa pelancongan kembali ke arus perdana sambil menerapkan amalan bertanggungjawab untuk industri,” katanya.

Objektif sesi penglibatan kali ini adalah berdasarkan empat fokus utama iaitu membina keyakinan pengguna; menyokong industri; membina semula ketersambungan; dan meningkatkan segmen berpotensi.

Ini merupakan garis panduan ke arah pemulihan pelancongan Negeri Sabah yang dipersetujui sebulat suara semasa mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan yang diadakan oleh STB dengan pemain industri pelancongan pada bulan Ogos tahun ini.

Pelan hala tuju ini selari dengan konsep yang ditetapkan kerajaan iaitu 3R: Recovery, Revitilaise, dan Reform.

“Kita berharap penglibatan semua kali dapat membantu mengenal pasti inisiatif yang memberi impak dan yang boleh menambah nilai untuk industri pelancongan negeri, terutamanya dalam norma baru.

“Oleh itu, saya menggesa pemain industri untuk bersikap terbuka dalam menyumbang idea dan cadangan supaya kita semua dapat memperoleh hasil yang bermanfaat,” kata Joniston.

Beliau turut menggalak semua pemain industri pelancongan untuk terus menghasilkan idea-idea baru terutama berkenaan dengan inovasi dan kerjasama digital.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Mary Malangking, Ketua Pegawai Eksekutif STB l, Noredah Othman, Ketua Pegawai Kewangan STB, Julinus Jimit, dan Ketua Pegawai Pemasaran STB, Tay Shu Lan.

RELATED ARTICLES
Utama

Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya