HomeUtamaPemotongan Gaji 50 Peratus Menteri dan Pembantu Menteri Tanda Keprihatinan Bantu Rakyat...

Pemotongan Gaji 50 Peratus Menteri dan Pembantu Menteri Tanda Keprihatinan Bantu Rakyat Terkesan PKP

Read Time:1 Minute, 31 Second

11 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU: Keputusan kerajaan Sabah melaksanakan pemotongan gaji sebanyak sebanyak 50 peratus membabitkan menteri dan pembantu menteri Sabah selama dua bulan berkuatkuasa bulan ini disambut baik oleh beberapa barisan kabinet yang terlibat.

Bagi Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, keputusan itu adalah sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan jemaah menteri serta barisan kabinet Sabah dengan apa yang dihadapi oleh rakyat.

“Selaku antara menteri kabinet Sabah, saya menyokong keputusan melaksanakan pemotongan gaji untuk bagi membantu dan membiayai pengurusan pandemic COVID-19 di negeri ini.

“Selain itu, pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berhubung Bantuan Sabah Prihatin 3.0 juga merupakan tanda keprihatinan kerajaan dimana semua sektor yang terjejas turut diberi bantuan,”katanya ketika dihubungi Sabah Media disini semalam.

Mohd Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, semua pihak juga perlu sentiasa berpadu tenaga bersama kerajaan bagi melandaikan lekuk COVID-19 di seluruh negara khususnya di Sabah.

“Bantu kerajaan dalam mematuhi prosedur standard operasi (SOP) dan bantu kerajaan dalam mendukung program vaksinasi supaya dapat segera mencapai imuniti kelompok,”katanya.

Bagi Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya turut menyokong penuh dengan keputusan yang diumumkan Ketua Menteri terhadap pemotongan gaji sebanyak 50 peratus babitkan menteri dan pembantu menteri.

“Mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Ketua Menteri Rabu lalu telah bersetuju sebulat suara untuk melaksanakan pemotongan gaji jemaah menteri dan pembantu menteri.

“Pemotongan gaji ini adalah sebagai tanda kebersamaan kita berkorban dan menyumbang kepada tabung pengurusan bencana COVID-19 di Sabah,”katanya.

Sementara itu, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasneh berkata, pemotongan itu merupakan keputusan terbaik bagi membantu rakyat dan pihak yang terkesan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sabah.

“Demi rakyat yang ramai terkesan dan secara peribadi saya setuju dan bersedia dengan pemotongan gaji sebanyak 50 peratus,”katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular