PPPBS Sambut Baik Bantuan Sabah Prihatin 3.0 Khusus Kepada Industri Pelancongan

Read Time:1 Minute, 18 Second

11 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU: Persatuan Pelancongan Pantai Barat Sabah (PPPBS) menyambut baik pengumuman kerajaan negeri bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat yang terlibat dalam industri pelancongan melalui Bantuan Sabah Prihatin 3.0 (BSP3.0) semalam.

Pengerusi PPPBS Azami Bongsu berkata, bantuan itu dilihat berupaya meringankan beban mereka yang terkesan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Daripada jumlah peruntukan yang diumumkan pada BSP3.0 ini, sebanyak RM2.8 juta diperuntukan dimana seramai 3,325 penerima menerima manfaat yang kebanyakkan terkesan ketika tempoh PKP ini.

“Ada yang tidak dapat menjalankan operasi perniaagaan khususnya sektor perhotelan dan inap desa selain ada yang tidak dapat bekerja seperti biasa.  Dengan adanya bantuan ini, sudah pasti dapat memberi kegembiraan buat mereka yang terlibat,”katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Azami Bongsu

Azami berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas penyaluran bantuan berkenaan dimana hampir keseluruhan mereka yang terlibat dalam industri pelancongan menerima manfaat.

“Difahamkan, pemandu pelancong, pengiat seni, dive master, malim gunung dan porter akan menerima bantuan one-off sebanyak RM300.

“Manakala bagi hotel bertaraf empat dan lima bintang masing-masing akan menerima RM5,000 dan hotel bertaraf tiga, dua serta satu bintang sebanyak RM2,000; penginapan bertaraf tiga, dua dan satu Orkid (RM2,000); Persatuan Homestay atau Inap Desa (RM1,000) dan hotel yang belum mendapat penarafan (RM1,000) serta pengusaha Pelancongan (RM2,000),”katanya.

Bulatan Todak Kota Kinabalu

Katanya, bagi pengusaha pelancongan pula akan diberi bantuan sebanyak RM2,000 dan ia dilihat mampu membantu membayar kos operasi dan perjalanan perniagaan premis terlibat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.