HomeUtamaBMHR UMS Fokus Kajian Penyakit Berjangkit Tropika

BMHR UMS Fokus Kajian Penyakit Berjangkit Tropika

Read Time:2 Minute, 22 Second

11 Jun 2021

[email protected]

KOTA KINABALU: Penyakit berjangkit seperti Tuberkulosis (batuk kering), Kolera, penyakit berkaitan cirit-birit, malaria, Leptospirosis dan Japanese Encephalitis (JE) merupakan antara fokus kajian Pusat Penyelidikan Perubatan dan Kesihatan Borneo (BMHRC), Universiti Malaysia Sabah (UMS).


Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS, Prof Dr Mohammad Saffree Jeffree berkata, pada masa yang sama pusat di bawah fakultinya itu turut membuat penyiasatan terhadap sesuatu wabak yang sedang berlaku bagi mengenalpasti punca dan cara menanganinya.


“Mulai beroperasi pada tahun 2018, BMHRC antara lain ditubuhkan untuk membantu menangani ancaman penyakit dan cabaran kesihatan awam di negeri Sabah.

“Pusat ini menerapkan budaya penyelidikan multi-disiplin daripada aspek pemahaman dan pengembangan informasi berkenaan perawatan dan kesihatan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan media.


Menurut Safree, BMHRC juga mengkaji bidang perubatan tradisional bersama Zunyi Medical University, China dengan meneroka produk semula jadi bagi rawatan penyakit berjangkit.

“Kajian ini seiring dengan kekayaan sumber alam yang kita miliki di Sabah yang dilihat berpotensi digunakan sebagai ubat untuk rawatan dan kawalan jangkitan penyakit. 


“Untuk makluman, dalam tempoh terdekat pusat ini akan menaiktaraf makmal sedia ada kepada makmal biosafety tahap 2+ (Biosafety Laboratory level 2+). 

“Melalui penaiktarafan ini, ia meningkatkan keupayaan penyelidikan serta meningkatkan keupayaan saintifik dan pengetahuan bagi menangani ancaman penyakit dan cabaran kesihatan awam,” tambahnya.


Sementara itu, Pengarah BMHRC, Prof Dr Kamrudin Ahmed berkata,  misi pusat penyelidikan ini menangani masalah kesihatan tropika melalui pendekatan transdisiplin dengan kerjasama dengan badan-badan nasional dan antarabangsa. 

Prof Dr Kamrudin Ahmed (tengah) bersama kakitangan BMHR.

“Sehingga kini, pusat penyelidikan ini mempunyai  ahli tetap akademik, juruteknologi makmal perubatan, pembantu penyelidik serta ahli penyelidik bersekutu dari dalam dan luar negara dengan pelbagai bidang kepakaran.

“Selain Zunyi Medical University, penyelidikan yang dijalankan juga merangkumi kerjasama dengan Nagasaki University, Oita University, National University of Singapore, Tottori Nursing College, Adtec Corporation, EcoHealth Alliance.


“Turut bersama dalam menjayakan penyelidikan di BMHRC ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK),” jelasnya. 

Kamrudin memaklumkan, sejak ditubuhkan BMHRC telah berjaya menerbitkan sebanyak 33 artikel yang berimpak tinggi, menerima geran universiti dan kebangsaan bernilai RM598,000 serta geran antarabangsa bernilai RM980,000. 


“Sebagai tambahan, Pusat penyelidikan ini bersama School of Tropical Medicine and Global Health, Nagasaki University, Jepun turut menghantar 14 orang staf akademik pelajar pasca-siswazah yang terpilih dengan tajaan sepenuhnya Sakura Science Plan ke Mobility Program on Spatial Epidemiology Training toward Global Health Research pada tahun 2019. 


“Program ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta berkenaan aplikasi sains, teknologi dan kebudayaan Jepun,” katanya.

Untuk rekod, BMHRC mempunyai 7 unit makmal yang lengkap dengan peralatan penyelidikan perubatan dan turut menawarkan peluang penempatan latihan industri. 


Sebarang maklumat lanjut untuk cadangan kerjasama strategik perkhidmatan dan penyelidikan, boleh melayari https://www.ums.edu.my/fpsk/en/bmhrc-home.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya