Kerjasama Erat Bersama Pihak Berkuasa Akan Terus Diperkukuh – Limus

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 15 Second

11 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KUALA PENYU: Kerjasama erat antara pemimpin masyarakat dan pihak berkuasa khususnya di daerah ini akan terus dipertingkatkan dan terjalin bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjaga.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Limus Jury berkata, kerjasama itu juga akan terus diperkukuhkan disamping menggalakkan interaksi antara pihak polis dan pemimpin setempat.

“Saya telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort dan mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Polis Daerah Beaufort yang baharu iaitu Deputi Superitendan Polis Yusoff Zaki Mat Yaacob dipejabatnya bagi bertukar-tukar pandangan dan pendapat.

“Dalam pertemuan ini, saya selaku pemimpin di Kuala Penyu akan memastikan kerjasama terus terjalin antara pemimpin masyarakat serta penjawat awam dalam pelbagai peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort disini kelmarin.

Limus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa khususnya polis dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

“Saya turut merakamkan penghargaan sama atas pengorbanan mereka yang banyak berkorban bertugas ketika musim pandemik COVID-19 ini,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Limus menyeru kepada semua rakyat khususnya di daerah ini memberi sokongan kepada usaha kerajaan bagi menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Vaksinasi ini amat penting untuk kita semua bagi membentuk imuniti berkelompok (herd immunity) dengan memastikan sekurang-kurangnya 80% penduduk dewasa di Malaysia menerima vaksin.

“Anda semua tidak perlu ragu atau bimbang, dapatkan maklumat sahih daripada mereka yang lebih pakar dan berkelayakan. Jangan sebarkan berita palsu kepada masyarakat lain,”katanya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *