KePKAS Zahir Penghargaan Kepada Kerajaan Sabah Bantu Pengiat Pelancongan Melalui BSP3.0

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas keprihatinan menyalurkan bantuan kepada pengiat industri pelancongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menterinya Datuk Jafry Ariffin berkata, bantuan yang diumumkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor semalam melalui pelaksanaan Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0 berjumlah lebih RM2.8 juta itu amat dihargai.

“Bantuan itu termasuk,  one off RM300 kepada pemandu pelancongan, penggiat seni, ketua selam, malim gunung dan porter.

“Manakala para pengusaha penginapan juga tidak terkecuali menerima bantuan dalam pakej prihatin 3.0 ini,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin

Jafry berkata, kerajaan negeri sentiasa prihatin dalam memastikan semua pihak yang berada dalam rantaian ekonomi khasnya sektor pelancongan diberi bantuan yang sewajarnya.

Dalam pada itu, kementerian akan meningkatkan lagi kerjasama dengan semua pengusaha pelancongan sekaligus meningkatkan keberkesanan pengagihan bantuan kepada pengusaha yang terjejas.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *