8 Lagi Rumah Pengganas Abu Sayyaf Dimusnah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

11 Jun 2021

[email protected]

BEAUFORT: Operasi memusnahkan  tempat persembunyian kumpulan pengganas Abu Sayyaf di kawasan hutan belakang perumahan Taman Sri Arjuna, di sini, dijalankan pagi tadi. (11 jun)

Kawasan tersebut adalah menjadi lokasi serangan hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam kejadian itu, pihak polis telah menembak mati lima daripada ahli kumpulan pengganas itu pada mei lalu.

“Tindakan membakar rumah-rumah berkenaan diambil bagi mengelakkan ia didirikan semula dan menjadi sarang penempatan kumpulan pengganas,” Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, “Operasi Fasa ke-2 pemusnahan tersebut membabitkan 40 anggota dan pegawai itu dijalankan PDRM dengan kerjasama Pejabat Daerah Beaufort, Jabatan Bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS)”.

“Operasi memusnah dengan membakar lapan lagi buah rumah pengganas Abu Sayyaf selepas enam rumah mereka dimusnahkan pada operasi mei lalu.

” tindakan membakar rumah-rumah berkenaan diambil bagi mengelakkan ia didirikan semula dan menjadi sarang penempatan kumpulan pengganas, ” kata Yusoff Zaki ketika dihubungi pemberita Sabah Media hari ini.

Operasi bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada 11 pagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *