HomeIsu tempatan'Lookout Tower' Tarikan Baharu di Kampung Pantai Emas

‘Lookout Tower’ Tarikan Baharu di Kampung Pantai Emas

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA BELUD :  Menara pemerhati atau ‘Lookout Tower’ yang dibina di Kampung Pantai Emas disini bakal menjadi tumpuan kepada eko-pelancongan khususnya di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan Fairuz Renddan berkata, menara dan jeti itu merupakan sebuah projek Kerajaan Sabah bersama PETRONAS menerusi ‘Joint Working Committee (JWC) dengan kos bernilai RM500,000.

“Pembinaan fasiliti ini bertujuan menambah baik sektor pelancongan dan perikanan di Kampung Pantai Emas, sekaligus menjadikan daerah ini sebagai pusat tumpuan eko-pelancongan seperti yang dinyatakan dalam Halatuju Sabah Maju Jaya. 

“Ia juga diharap dapat membantu menjana pendapatan komuniti setempat dan memberi peluang pekerjaan melalui kewujudan pengusaha kecil dan sederhana dalam sektor perikanan dan pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan menara tinjau itu disini semalam.

Fairuz berkata, selain menara tinjau, PETRONAS turut menyumbang banyak kepada Sabah untuk tujuan lain sperti pembangunan pendidikan, komuniti dan alam sekitar sejak tahun 2010.

“Saya sebagai ADUN Pintasan, sentiasa berusaha menambah baik segala keperluan untuk semua penduduk Pintasan termasuklah kemudahan asas, jaringan perhubungan (jalan) dan telekomunikasi. 

“Semoga segala usaha dan perancangan kita dapat direalisaikan,” katanya.

Hadir sama, Ketua Hal Ehwal Kerajaan & Pengawalselia PETRONAS Anuar Ismail, Pengurus Besar, Strategi & Libat Urus, Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Siti Azlina A Latif dan Pegawai Daerah Kota Belud, Diyanah Abdullah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular