HomeUtama25 warga Filipina dipenjara empat bulan masuk Sabah secara haram

25 warga Filipina dipenjara empat bulan masuk Sabah secara haram

Read Time:38 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seramai 25 warga Filipina masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memasuki negeri ini tanpa pas atau permit yang sah.

Kesemua tertuduh yang terdiri daripada 13 lelaki dan 12 wanita mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Mereka didakwa memasuki Malaysia tanpa pas atau permit yang sah di sisi undang-undang.

Mereka ditahan di beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu dan Keningau selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, serta boleh dikenakan sehingga enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Baxter Junior Goh dan Norhayati Abd Hari.

RELATED ARTICLES
Utama

Miliki 48 video lucah, lelaki didenda RM5,500

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular