HomeUtamaPelaksanaan BUDI95, BUDI Diesel di Tawau berjalan lancar

Pelaksanaan BUDI95, BUDI Diesel di Tawau berjalan lancar

Read Time:54 Second

TAWAU: Pelaksanaan mekanisme BUDI95 dan BUDI Diesel di daerah ini didapati berjalan lancar hasil pemeriksaan yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau di beberapa lokasi di sini, kelmarin.

Pemeriksaan yang melibatkan beberapa stesen minyak itu turut mendapati pengguna tidak berdepan masalah sepanjang pelaksanaan mekanisme berkenaan.

KPDN Sabah dalam kenyataan berkata, pegawai penguat kuasa turut mendapatkan maklum balas pengguna serta memberikan penerangan kepada mereka yang masih kurang jelas mengenai tatacara pelaksanaannya.

Selain stesen minyak, KPDN turut memeriksa 45 premis perniagaan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati semua premis terbabit mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Pemeriksaan turut mendapati bekalan barangan kawalan mencukupi, mudah diperoleh pengguna serta dijual mengikut harga yang diwartakan,” menurut kenyataan itu.

KPDN Tawau menegaskan pihaknya akan terus mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan pelaksanaan mekanisme BUDI Diesel dipatuhi, selain memastikan bekalan bahan api bersubsidi disalurkan kepada golongan sasar mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan isu perdagangan dan kepenggunaan boleh menyalurkannya kepada KPDN menerusi saluran rasmi yang disediakan untuk tindakan lanjut.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Sabah komited naik taraf infrastruktur sekolah vernakular

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular