HomeUtamaMalaysia Kekal Komited Perkukuh Kebebasan Media, Isu 3R Antara Faktor Dinilai Dalam...

Malaysia Kekal Komited Perkukuh Kebebasan Media, Isu 3R Antara Faktor Dinilai Dalam Indeks Global

Read Time:1 Minute, 47 Second

KUALA LUMPUR,— Kerajaan akan terus memperkukuh ekosistem kebebasan media di negara ini sambil memastikan aspek keselamatan, keharmonian kaum serta institusi diraja terus dipelihara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, hasil penelitian kerajaan terhadap penurunan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2026 mendapati beberapa indikator diambil kira dalam penilaian, termasuk konteks politik, kerangka perundangan, keadaan ekonomi, persekitaran sosiobudaya dan aspek keselamatan.

Menurutnya, antara perkara yang mempengaruhi penilaian ialah tindakan penguatkuasaan melibatkan organisasi media dalam kes tertentu, termasuk isu berkaitan penerbitan yang menyentuh kepentingan negara.

“Bagi kita, isu seperti bendera negara merupakan perkara yang serius. Apabila tindakan diambil terhadap media dalam kes sedemikian, ia turut memberi kesan kepada penilaian indeks kebebasan media di peringkat antarabangsa,” katanya ketika menjawab soalan pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berhubung faktor penurunan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2026 serta langkah kerajaan dalam melindungi kebebasan media.

Anwar berkata, kerajaan telah mengarahkan jawatankuasa berkaitan, termasuk Kementerian Komunikasi, untuk meneliti faktor-faktor yang menyumbang kepada penilaian tersebut bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan.

Pada masa sama, beliau menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dalam penguatkuasaan undang-undang berkaitan isu agama, institusi diraja dan hubungan kaum atau 3R kerana ia melibatkan kepentingan awam serta dipersetujui bersama Majlis Raja-Raja.

Menurut beliau, tindakan penguatkuasaan tidak disasarkan terhadap kritikan politik atau laporan berasaskan fakta yang tepat, sebaliknya kerajaan lebih mengutamakan pendekatan memberi penjelasan kepada masyarakat.

Beliau berkata kerajaan juga telah menambah baik kerangka perundangan negara melalui pindaan terhadap Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, termasuk memastikan kenyataan berbentuk sindiran terhadap Perdana Menteri atau pemimpin politik tidak dikategorikan sebagai kesalahan jenayah.

Mengulas mengenai peranan platform media sosial, Anwar berkata pemadaman kandungan tidak semestinya dilakukan atas arahan kerajaan kerana penyedia platform mempunyai dasar dan mekanisme penilaian sendiri.

“Keputusan untuk menurunkan sesuatu kandungan bergantung kepada polisi platform berkenaan. Malah terdapat kandungan saya sendiri yang pernah dipadamkan walaupun kerajaan tidak bersetuju dengan tindakan itu,” katanya.

Beliau berkata permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada penyedia platform juga tidak semestinya diterima kerana keputusan akhir tertakluk kepada pengendali media sosial masing-masing.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan dicadang wujudkan pusat khas Tingkatan Enam di Beaufort

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular