HomeUtamaKes gaduh di restoran: Dua wanita ditahan

Kes gaduh di restoran: Dua wanita ditahan

Read Time:51 Second

TAWAU: Dua wanita disyaki terbabit dalam kejadian gaduh gempar dan khianat yang mengakibatkan kerosakan harta benda di sebuah premis makanan di Bandar Fajar, di sini, ditahan polis.

Kedua-dua suspek berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat wakil premis berhubung kejadian pergaduhan berkenaan.

Polis Tawau dalam satu kenyataan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila dua pelanggan wanita terbabit dalam pergaduhan di premis berkenaan sehingga menyebabkan beberapa harta benda milik restoran mengalami kerosakan.

Bertindak atas maklumat, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berjaya mengesan dan menahan kedua-dua suspek di tepi Jalan Haji Karim, di sini.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati seorang daripada suspek merupakan warga asing yang tinggal di Malaysia tanpa memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah. Suspek berkenaan turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah sebelum ini, manakala tiada sebarang rampasan dibuat semasa tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki ugut bekas isteri ditahan polis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular