HomeUtamaKetua 'Geng Upik' didakwa 9 tuduhan pengubahan wang haram

Ketua ‘Geng Upik’ didakwa 9 tuduhan pengubahan wang haram

Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Ketua kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah keseluruhan RM821,950.

Tertuduh, Datuk Maslan Sani, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zaini Fishir @ Fisal.

Maslan didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti haram masing-masing berjumlah RM5,500, RM20,000, RM175,090, RM33,990, RM4,170, RM29,900, RM284,400, RM139,700 dan RM129,200 melalui deposit ke dalam dua akaun bank miliknya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari hingga Disember 2016 di beberapa cawangan CIMB Bank di sekitar Kota Kinabalu, termasuk di Tawau dan Lahad Datu.

Dia didakwa mengikut Perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan pada masa kesalahan dilakukan, atau RM5 juta, mengikut mana yang lebih tinggi.

Mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM).

Tiada permohonan jaminan dikemukakan kerana tertuduh kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan kesalahan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Upik’.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi pada 5 Jun 2025 menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Maslan selepas dia mengaku bersalah menjadi anggota kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’ yang berperanan sebagai ketua antara 2015 hingga 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul daripada Unit Jenayah Pengubahan Wang Haram, Jabatan Peguam Negara (AGC) Putrajaya。

ertuduh diwakili peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Mohd Azhier Farhan Arisin.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelajar Tingkatan Enam Tongod di luar daerah terima bantuan RM200 mulai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular