HomeUtama260 PATI warga Filipina dihantar pulang

260 PATI warga Filipina dihantar pulang

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU : Seramai 260 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan Asing yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah

JIM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, pemindahan itu melibatkan tahanan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, Depot Imigresen Papar dan Depot Imigresen Sandakan yang dibawa melalui Pelabuhan Lahad Datu sebelum berlepas ke Pelabuhan Bongao, Tawi-Tawi, Filipina menggunakan perkhidmatan feri komersial.

Menurut kenyataan itu, daripada keseluruhan tahanan yang dipindahkan, seramai 167 adalah lelaki dewasa, 40 perempuan dewasa, 30 kanak-kanak lelaki dan 23 kanak-kanak perempuan berusia antara lima hari hingga 68 tahun.

“Semua kanak-kanak yang menyertai program berkenaan diiringi ibu bapa atau penjaga masing-masing bagi memastikan proses penghantaran pulang berjalan lancar dan teratur.

“Pemindahan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JIM dalam mengurangkan jumlah tahanan asing di depot imigresen serta memastikan warga asing yang telah selesai menjalani hukuman dihantar pulang mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang,” menurut kenyataan itu di sini.

JIM Sabah menjelaskan bahawa semua tahanan yang dipindahkan telah menamatkan hukuman yang dikenakan dan memiliki Dokumen Perjalanan yang sah, sekali gus memenuhi syarat untuk dihantar pulang ke negara asal.

Sebelum ini, pada 14 Julai lalu, lima tahanan warga China dari Depot Imigresen Papar turut dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dengan penerbangan terus ke Guangzhou.

Pada 10 Julai lalu pula, lima tahanan warga Pakistan dari Depot Imigresen Tawau dihantar pulang ke Lahore melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Tawau dengan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur serta diiringi pegawai imigresen.

Sehingga kini, JIM Sabah telah memindahkan seramai 4,275 tahanan PATI ke negara asal masing-masing, terdiri daripada 2,838 warga Filipina, 1,207 warga Indonesia, 105 warga Pakistan dan 89 warga China.

JIM Sabah itu turut menyeru masyarakat supaya tidak melindungi, menggaji atau bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin kerana tindakan sedemikian merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang imigresen.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehadiran atau aktiviti PATI diminta menyalurkan maklumat melalui saluran rasmi JIM bagi membantu memperkukuh penguatkuasaan undang-undang di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Beberapa kawasan di Sabah dijangka dilanda hujan lebat hingga 7 malam...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular