Ruang kegiatan tidak bermoral mesti ditutup sepenuhnya

Read Time:39 Second

Ruang dan peluang untuk melakukan kegiatan tidak bermoral dan maksiat mesti ditutup sepenuhnya di Malaysia, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Dr Aliakbar Gulasan.

Ini termasuk kaedah-kaedah konvensional atau penggunaan pendekatan dan aplikasi moden, katanya.

Beliau berkata demikian  sebagai merujuk khusus kepada isu penggunaan aplikasi Sugarbook yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

‘Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak sepatutnya terlibat dengan kegiatan tidak bermoral dan maksiat ini,” tegasnya.

“Saya yakin dengan tindakan semua pihak, kerajaan dan pihak berkuasa pasti akan mendatangkan natijah yang baik,” katanya.

“ Selain itu, kerajaan juga mesti menutup mana-mana ruang maksiat yang lain seperti kelab malam dan pusat-pusat urut yang selalunya melanggar peraturan kerajaan,” kata Dr Aliakbar.

Beliau amat yakin kerajaan akan mengambil langkah dan tindakan ke arah melahirkan Malaysia bebas maksiat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *