HomeIsu tempatanKOTA KINABALU ,PAPAR BUKA TIRAI PIALA BUNG MOKTAR ZON PANTAI BARAT

KOTA KINABALU ,PAPAR BUKA TIRAI PIALA BUNG MOKTAR ZON PANTAI BARAT

Read Time:1 Minute, 6 Second

Pasukan Kota Kinabalu akan menentang pasukan Papar dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Bolasepak Piala Bung Moktar Radin peringkat zon Pantai Barat yang berlangsung di padang SAFA Negeri di sini pada 2 April ini.

Perlawanan pembuka tirai itu akan dijalankan jam 4, 00 petang.

Pengerusi penganjurnya, Lokman Sunggim, berkata perlawanan pembukaan itu akan dilakua sepak mula oleh Presiden SAFA Bandaraya, Alijus Sipil.

Katanya, perkara itu tel;ah diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA pada mesyuaratnya Selasa lepas.

Perlawanan kedua kejohanan bawah 18 tahun itu melibatkan pasukan Papar melawan pasukan Putatan.

Perlawanan terakhir akan menyaksikan Kota Kinabalu akan menghadapi pasukan Papar pada 4 April ini.

Suasana persiapan awal yang dilakukan bagi penganjuran Piala Bung Moktar di padang SAFA Negeri

Perlawanan itu akan dijalankan secara liga satu pusingan.

Juara, naib juara dan tempat ketiga kejohanan akan menerima sebuah piala dan medal.

Upacara penutupan kejohanan akan dilakukan Alijus dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung SAFA yang juga Pengerusi Jawatakuasa Pertandingan Tempatan SAFA, Azman Mastar bersama jawatankuasa pertandingan telah meninjau persiapan awal penganjuran Zon Pantai Barat di padang SAFA Negeri, kelmarin.

Beliau diiringi Lokman yang juga Timbalan Pengerusi penganjur peringkat Zon Pantai Barat.

Lokman memberitahu, persiapan yang dilakukan termasuk meninjau keadaan padang yang akan digunakan di samping pemasangan sepanduk, banting dan keperluan-keperluan lain sepanjang kejohanan tiga hari itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Banjir Membakut : Jumlah mangsa meningkat kepada 114 orang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular