HomeUtamaSabah Laksana Outreach Tingkat Jumlah Pendaftaran Penerima Vaksin

Sabah Laksana Outreach Tingkat Jumlah Pendaftaran Penerima Vaksin

Read Time:52 Second

4 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Sabah kini dalam usaha bagi meningkatkan lagi pendaftaran penerima vaksin dengan mengadakan Program Jangkau Luar (Outreach) melibatkan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pihaknya juga sedang berusaha bagi mempertingkatkan lagi pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid (PIC) Sabah.

“Lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin Awam telah mula beroperasi Jun ini dimana klinik-klinik swasta juga telah dibenarkan untuk memberi vaksin.

“Selain itu mulai Julai, pekerja kilang, peruncitan, pengangkutan dan lain-lain perkhidmatan perlu berkaitan ekonomi juga akan diberikan vaksin,”katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Masidi yang juga jurucakap rasmi Covid-19 Sabah berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (COVID-19) menetapkan tiada keperluan bagi mendapatkan surat kelulusan daripada MITI untuk rentas daerah bagi pekerja ‘essential services dan essential goods’ di Sabah.

“Walau bagaimanapun, pekerja-pekerja ini perlu menyediakan surat majikan dan surat kebenaran rentas daerah daripada pihak polis.

“Keputusan ini telah dikeluarkan melalui kenyataan media saya bertarikh 02 Jun yang lalu,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular