SCP Hulur Sumbangan Mangsa Banjir Di Kawasan Lumadan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:55 Second

Normimie Diun
[email protected]
4 Jun 2021

BEAUFORT: Kesukaran mendapatkan bekalan air bersih bagi penduduk di daerah Beaufort khususnya di kawasan Lumadan telah mendapat perhatian oleh pihak Sabah Credit Corporation (SCP) tampil menghulurkan sumbangan melalui program tanggungjawab Sosial (CSR) hari ini.

Sumbangan berupa air mineral dan keperluan makanan itu disampaikan oleh Timbalan Pengerusi (SCP) Datuk Surinam Sadikun kepada Wakil Rakyat Lumadan Roslan Muharam untuk diagih-agihkan kepada penduduk yang terlibat.

Menurut Surinam, yang juga Ketua Srikandi Bersatu bahagian Sipitang sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab sosial koperat (CSR) kepada masyarakat khususnya penduduk di kawasan Lumadan yang terjejas teruk bukan sahaja selepas pasca banjir besar yang melanda daerah itu namun terputus bekalan air bersih.

Katanya, “ Kita bersimpati kepada mereka yang terjejas banjir, terputus bekalan air bersih sekaligus berhadapan dengan pandemik Covid-19 ,justeru hari ini kita turun padang menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka yang terjejas dengan harapan ianya dapat meringankan sedikit beban yang mereka pikul.”

Dalam perkembangan yang sama Surinam berharap isu terputus bekalan air bersih yang dihadapi oleh penduduk di daerah Beaufort agar dapat ditangani segera oleh pihak yang terlibat bagi memastikan kehidupan penduduk tidak terjejas.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *