Ahli Politik Terlibat Kes Gangguan Seksual Direman Empat Hari

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Seorang ahli politik yang dipercayai terlibat dalam kes gangguan seksual membabitkan salah seorang peserta Unduk Ngadau bulan lalu direman untuk membantu siasatan polis.

Memetik laporan portal Utusan Borneo Lelaki berumur 52 tahun itu direman empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Peguam ahli politik itu, Marcel Jude berkata beliau membantah pelanjutan reman terhadap anak guamnya berikutan tiada saksi yang melihat kejadian berkenaan.

Marcel juga mendakwa bahawa laporan polis itu diputuskan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut) bagaimanapun Majistret Lovely Natasha Charles memastikan jika ada pihak yang mengesahkan NFA terbabit dan Marcel membalas pertanyaan itu dengan menyatakan perkara itu sudah tular di media sosial.

Difahamkan pihak mahkamah akan memanggil 10 saksi lain untuk kes tersebut.

Terdahulu kejadian berlaku selepas peserta Unduk Ngadau di bahagian utara Sabah membuat laporan polis terhadap ahli politik dengan dakwaan mangsa diganggu secara seksual pada 19 Mei lalu.

Kandungan laporan itu turut menyatakan ahli politik itu memintanya untuk menemuinya di dalam kenderaannya untuk makan malam selepas sesi penggambaran di sebuah butik pengantin di Asia City di sini.

Mangsa kemudiannya mendakwa dia diraba di bahagian badan termasuk paha, belakang badan, leher dan tangannya dan mangsa menepis perbuatan suspek.

Selepas selesai makan malam, suspek masih meneruskan perbuatannya dan membawa mangsa ke pejabat lamanya.

Sementara itu Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *