Aktiviti Perjumpaan Sosial Dan Kunjungan Aidilfitri Cetus Dua Kluster Baru Covid-19 Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 20 Second

5 Jun 2021
Normimie Diun
[email protected]

KOTA KINABALU: Terdapat dua lagi kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster  Gambaron, Telupid, Sandakan dan Kluster Kampung Blok 31, Tawau.

Jurucakap Covid-19 Negeri, Datuk Masidi Manjun, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dalam kenyataan medianya, Kluster Gambaron adalah kluster tempat kerja yang mencatat dua kes positif baharu pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12 kes.

Katanya, kluster indeks merupakan lelaki, 32, yang bergejala demam, batuk dan sesak nafas sejak 26 Mei 2021, sebelum disahkan positif RTK-Ag di  Klinik Kesihatan Telupid pada 02 Jun 2021.

Saringan susulan mendapati lapan kes di tempat kerja (Kg Gambaron) serta sekitar daerah Telupid dan satu lagi  kes di Sandakan.

Berdasarkan siasatan, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri perjumpaan sosial bersama kontak pada 22 Mei 2021 di sebuah kafe di Telupid.

Selain itu, penularan kes juga disumbang oleh beberapa rakan sekerja kes indeks yang telah pulang ke kawasan berisiko tinggi (Tawau) untuk  menyambut hari lebaran pada 07 hingga 16 Mei 2021.

Setakat ini, 136 individu telah disaring dan aktiviti saringan serta siasatan punca jangkitan masih lagi diteruskan.

Manakala Kluster Kg Blok 31 di Tawau berlaku ekoran aktiviti kunjung-mengunjung semasa sambutan aidilfitri.

Kluster ini mula direkodkan apabila kluster indeks, suri rumah, 71, disahkan positif COVID-19 melalui saringan Brought In Dead (BID) di Hospital Tawau pada 27 Mei 2021. Susulan itu, saringan kontak rapat mendapati tiga kes positif pada 30 Mei 2021 dan 21 kes baharu dikesan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 31 kes.

Aktiviti pengesanan kontak dan mengenalpasti punca jangkitan sedang giat dijalankan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *