Kerajaan Sabah Rancang Susun Semula Perkampungan Atas Air

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 36 Second

5 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri merancang untuk menyusun semula perkampungan atas air bagi memastikan kawasan berkenaan kelihatan lebih tersusun dan selamat didiami oleh penduduk setempat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ia termasuklah akan dilengkapi dengan kemudahan asas khususnya bekalan bekalan elektrik dan air bersih.

“Seperti yang kita sedia maklum, isu kebakaran perkampungan atas air di negeri ini perlu dilihat secara holistik oleh semua pihak bagi mengelakkan tragedi sama terus berulang.

“Namun isu ini perlu dilihat secara keseluruhan merangkumi dasar pemilikan tanah atau hak persempadanan, kebenaran dan kawalan pembangunan, kewujudan kemudahan asas seperti elektrik dan air, termasuk keperluan keselamatan kebakaran,”katanya.

Bung bersama kepimpinan Umno Sabah menyerahkan sumbangan kepada Mohd Redzuan yang mewakili mangsa yang terlibat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai rombongan UMNO Sabah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Aru  petang tadi.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan ,Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin , Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmey Yahya dan Pemimpinan Pembangunan Masyarakat Tanjung Aru  Mohd Reduan Datuk Aklee.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, pelbagai aspek perlu diambil kira dalam perancangan ini dengan penglibatan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah,Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Bomba, dan lain lain agnesi yang berkaitan.

“Penyusunan semula penting bukan sahaja untuk menyusun sebuah perkampungan yang teratur malah  akan mengubah taraf perkampungan berkenaan daripada setinggan kepada perkampungan yang sah.

“Kita perlu susun semula perkampungan khususnya di perkampungan di atas air ini agar lebih tersusun dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap seperti pili Bomba, jambatan yang tersusun dan lain lain kemudahan,”katanya.

Terdahulu, pada 25 Mei lalu sebanyak  33 buah rumah jenis tidak kekal  musnah  sama sekali dalam kebakaran yang berlaku kira-kira  jam 12.40 malam. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan  kecederaan dilaporkan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *