HomeUtamaVideo Khas Sempena Mengenang Kembali Mangsa Tragedi Gempa Bumi Di Gunung Kinabalu

Video Khas Sempena Mengenang Kembali Mangsa Tragedi Gempa Bumi Di Gunung Kinabalu

Read Time:1 Minute, 3 Second

mengimbas kembali tragedi yang mengorbankan 14 nama pendaki dan 4 malim gunung Dalam kejadian 5 Jun 2015.

pada tarikh berkenaan satu gempa bumi 6.0 magnitud mengorbankan 18 nyawa membabitkan 10 warga Singapura, Malaysia (enam) dan masing-masing satu mangsa dari China serta Jepun.

Sementara itu pagi ini satu upacara berlangsung kira-kira jam 9 pagi di hadapan monumen yang menempatkan 14 nama pendaki dan 4 malim gunung yang terkorban itu, dapat ditonton secara langsung oleh seluruh masyarakat menerusi media sosial rasmi Taman-Taman Sabah seperti facebook, zoom dan youtube.

Timbalan Pengerusi Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Peter Lintar dalam ucapan perasmiannya, berkata adalah mustahil penganjuran secara fizikal atau bersemuka untuk membuat simulasi “Mencari dan Menyelamat” (SAR) oleh anggota keselamatan di Gunung Kinabalu sempena ulangtahun memperingati mangsa gempa bumi pada tahun ini disebabkan pandemik covid-19 yang melanda negara kita ini”.

“Namun, bencana tersebut memberi peringatan kepada kita bahawa kejadian gempa bumi tidak dapat diramal dan di mana ia berlaku,” ujarnya.

Katanya, “walaupun kita memiliki teknologi yang canggih berbeza dengan bencana lain seperti ribut taufan dan letusan gunung berapi yang boleh diramal atau mempunyai tanda-tanda sebelum ia berlaku namun gempa bumi masih menjadi persoalan yang tidak terungkai sehingga sekarang”.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : MUIS jalin kerjasama dengan beberapa universiti bangun HHS...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya