HomeIsu tempatanLebih 400 karton air mineral disumbangkan kepada penduduk di Beaufort

Lebih 400 karton air mineral disumbangkan kepada penduduk di Beaufort

Read Time:1 Minute, 25 Second

5 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

BEAUFORT : Sebanyak lebih 400 karton air mineral telah disumbangkan ke beberapa buah kampung di daerah ini bagi kegunaan harian penduduk yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Sumbangan yang disampaikan Pertubuhan Masyarakat Berpadu Sabah (BERPADU SABAH) itu turut mendapat kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) lain antaranya Malaysian Relief Agency (MRA) dan TCherCollection-TC.

Pengerusi BERPADU, Mohammad Norizhuan Awang berkata, sumbangan itu adalah antara aktiviti amal  dalam mendekati masyarakat setempat khususnya penduduk yang mengalami kesusahan.

“Seperti yang semua sedia maklum, daerah ini mengalami bencana banjir yang menyebabkan ramai penduduk kampung terjejas selain kekurangan bekalan makanan seperti air yang menjadi antara keperluan harian penduduk.

Mohammad Norizhuan (dua kanan) bersama petugas BERPADU sebelum mengerak menyampaikan sumbangan

“Atas inisiatif ini, kami berjaya menghantar lebih 400 karton air mineral kepada penduduk di beberapa buah kampung antaranya kampung Gadong, Kampung Batu 58, Kampung Jempangah dan Kampung Garama beberapa hari yang lalu,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Mohammad Norizhuan berkata, sumbangan yang disampaikan itu juga adalah hasil sumbangan orang ramai.

Katanya, pihaknya juga turut terlibat dalam membantu MRA bagi misi penghantaran bekalan air bersih sebanyak 25 Ribu Liter kepada penduduk Gadong Beaufort.

“Pihak kami (BERPADU) akan sentiasa bergerak sebagai sebuah NGO dalam misi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan selepas ini.

Mohammad Norizhuan (kanan) ketika menyusun air mineral disalah sebuah kampung di Beaufort

“Selain itu kami juga amat memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak dalam memastikan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan sebaiknya,”katanya.

Dalam perkembangan sama Mohammad Norizhuan berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak bagi memastikan golongan sasar akan mendapat manfaat yang sebaiknya.

Katanya, sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Pertubuhan Masyarakat Berpadu Sabah di talian 014-3453452.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

U Mobile lancar kedai pertama di Sabah, perkukuh kehadirannya di Malaysia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya