HomeIsu tempatanBung Moktar Presiden SAFA Yang Baharu

Bung Moktar Presiden SAFA Yang Baharu

Read Time:1 Minute, 50 Second

6 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Datuk Seri Bung Moktar Radin sah menjawat jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA) selepas menang tanpa bertanding pada Kongres Luar Biasa bagi tahun 2021.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri dicalonkan oleh semua ahli gabungan membabitkan persatuan-persatuan bola sepak daerah di seluruh negeri Sabah yang diadakan secara atas talian hari ini.

Turut menang tanpa bertanding untuk dua jawatan Naib Presiden SAFA, adalah Yang Berhormat (ADUN Dilantik) Datuk Suhaimi Nasir dan Datuk Dr Jelani Hamdan yang juga Presiden Persatuan Rungus Sabah (SAMORA).

Bung ketika berucap berkata, beliau amat berterima kasih atas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan oleh semua Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan ahli gabungan SAFA bagi memimpin badan sukan berkenaan.

Katanya, dengan kepercayaan yang diberikan, beliau akan berusaha memastikan SAFA terus maju mencapai sasaran bukan saja di peringkat akar umbi tetapi juga peringkat kebangsaan.

“Walaupun agak berat, tetapi tiada yang mustahil dalam sukan ini, apa yang penting adalah komitmen semua pihak dalam usaha mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak di Sabah.

“Semua pihak perlu memainkan peranan untuk mengembalikan kepercayaan yang diberikan rakyat dengan meningkatkan mutu bola sepak Negeri Sabah,” katanya ketika berucap pada Kongres berkenaan secara atas talian, hari ini.

Mesyuarat atas talian berkenaan turut disertai Timbalan Presiden I, Datuk Abdul Rahman Zakaria dan Timbalan Presiden II, Datuk Nuil Juatim, Setiausaha Agung Benedict Asmat, Setiausaha Eksekutif David Wisom dan ahli majlis tertinggi lain serta penasihat undang-undang SAFA Azhier Farhan Arisin.

Bung Moktar berkata, SAFA terpaksa berdepan cabaran dan kesulitan berikutan penularan pandemik Covid-19 ketika ini namun sokongan berterusan semua pihak akan memastikan kejayaan dapat dicapai dalam memajukan sukan bola sepak Sabah.

“Sehubungan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Mudah-mudahan sekiranya pandemik Covid-19 ini dapat dihentikan, kita akan dapat menjalankan aktiviti seperti biasa dan seterusnya melakukan yang terbaik untuk bola sepak Negeri Sabah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Benedict Asmat turut merakamkan penghargaan kepada semua perwakilan dari ahli gabungan SAFA atas komitmen untuk menghadiri mesyuarat Kongres Luar Biasa yang diadakan secara atas talian.

Katanya, usaha berterusan yang dilakukan ini akan memberi manfaat terutamanya kepada kemajuan bola sepak di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya