HomeIsu tempatanKerajaan Diminta Timbang Bantuan Kepada Peniaga Sektor Pengurusan Acara

Kerajaan Diminta Timbang Bantuan Kepada Peniaga Sektor Pengurusan Acara

Read Time:1 Minute, 7 Second

6 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU: Kerajaan diminta untuk mempertimbangkan bantuan sewajarnya kepada pengusaha syarikat sektor perniagaan pengurusan acara, sewaan lampu, sistem bunyi dan skrin di negeri ini yang terjejas pendapatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Salah seorang pengusaha, Sharom Abd Ghafar berkata, sejak PKP dikuatkuasakan tahun lalu, perniagaan perkhidmatan tersebut tidak mendapat tempahan berikutan PKP selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Sejak PKP pertama yang lalu sehingga kini perniagaan kami tidak menerima tempahan dari mana-mana penganjur dan dalam masa sama syarikat terpaksa menanggung gaji pekerja.

“Pekerja pula kebanyakkan sudah bekeluarga selain kami juga perlu membayar peralatan yang masih mempunyai pinjaman dengan Bank, sudah pasti ia memberi kesan kepada syarikat yang terlibat dalam sektor ini,”katanya.

Sharom Abd Ghafar

Sharom berkata, kerajaan seolah-olah terlepas pandang dalam menyalurkan bantuan atau geran kepada sektor ini seperti mana yang diumuman kepada pengiat industri lain khususnya dalam pelancongan, pengangkutan dan pertanian.

“PKP yang pertama atau kedua mungkin kami masih boleh bertahan namun pada kali ini kebanyakkan syarikat yang terlibat akan berhadapan masalah agak kritikal dan tidak mustahil akan berdepan gulung tikar.

“Justeru itu, saya bersama rakan lain yang terlibat dalam industri ini memohon agar kerajaan negeri mahupun pusat dapat melihat isu ini dan seterusnya mempertimbangkan bantuan atau geran agar kami boleh bertahan sehingga penularan kes COVID-19 ditangani,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya