Kerajaan Sabah Giat Menjalankan Program Imunisasi Covid-19 Secara Berkelompok Di Luar Bandar

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:51 Second

TUARAN: Seramai 300 penduduk mukim Ulu Kiulu terima vaksin Covid-19 dos pertama dalam program Info On Wheels (IOW) Vaksinasi Covid-19, hari ini.

Sadan (kiri) meninjau perjalanan program imunisasi di Dewan Muhibbah. – Foto: Jabatan Penerangan Sabah

Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Hussain berkata, menjadi tugas kerajaan membantu masyarakat luar bandar untuk tidak tercicir dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) serta Jabatan Penerangan Malaysia akan bersama-sama ke kawasan luar bandar untuk memberikan suntikan vaksin disamping membuat hebahan kepentingan imunisasi kelompok dalam mencegah penularan Covid-19.

“Usaha ini akan terus dipergiat memandangkan bilangan pendaftar vaksin di negeri ini masih berada pada kadar yang rendah iaitu sekitar 19 peratus.

“Oleh yang demikian, program seumpama ini memudahkan masyarakat luar bandar mendapatkan suntikan vaksin di kawasan kediaman mereka tanpa perlu ke bandar,” katanya ketika ditemui media dalam program yang diadakan di Dewan Muhibbah Kampung Tudan, pada Selasa.

Hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kiulu, Golubi Guntarek dan Pegawai Penerangan Daerah Tuaran.

Sumber: Jabatan Penerangan Sabah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *