HomeUtamaEnam Kawasan Di Sabah Dikenakan PKPD

Enam Kawasan Di Sabah Dikenakan PKPD

Read Time:49 Second

8 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Sebanyak enam kawasan di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis ini sehingga 23 Jun depan.

Pelaksanaan PKPD itu berikutan terdapat penularan mendadak jangkitan COVID-19 di kawasan tersebut.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kawasan terlibat adalah Taman Wawasan Beaufort; Kampung Kebayau Kota Belud; Kampung Batu Layar Pulau Banggi Kudat dan Kampung Likas Kota Kinabalu.

“Manakala di Sentosa Sandakan, sebanyak dua lokaliti dikenakan PKPD iaitu melibatkan Kampung Sungai Obar Batu 7 dan Fasa 9B Taman Indah Jaya.

“Bagi PKPD Ladang FGV Kalabakan Selatan Kalabakan yang dijadualkan tamat pada 8 Jun ini akan disambung sehingga 22 Jun depan,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi yang juga jurucakap rasmi COVID-19 Sabah berkata, bagi PKPD di dua lokaliti dalam daerah Tawau iaitu Kampung Sungai Pukul Pulau Sebatik dan Taman Desa Ranggu yang dijadualkan tamat pada 10 Jun ini diawalkan tamat pada 8 Jun (11.59  malam).

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular