HomeIsu tempatanHenti Percaya Khabar Angin Vaksinasi - Jumain

Henti Percaya Khabar Angin Vaksinasi – Jumain

Read Time:1 Minute, 6 Second

TAMBUNAN: Penduduk Tambunan diseru untuk berhenti mempercayai khabar angin mengenai vaksinasi Covid-19.

Pegawai Daerahnya, Jumain Abdul Ghani berkata, segala tuduhan bahawa suntikan vaksin tidak selamat adalah tidak berasas malah kerajaan juga telah membuktikan ia selamat untuk diterima dan tidak memudaratkan kesihatan.

“Oleh itu, masyarakat diminta untuk melakukan pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin itu melalui aplikasi MySejahtera bagi membantu usaha kerajaan membentuk imuniti berkelompok.

“Selain itu, inisiatif untuk turun padang ke kampung-kampung bersama Pejabat Kesihatan Tambunan juga akan terus dilaksana bagi memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini sampai kepada semua penduduk luar bandar.

Pegawai Daerah Tambunan, Jumain Abdul Ghani

“Kita juga memohon kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk memberikan senarai nama penduduk kampung bagi memudahkan proses imunisasi dijalankan,” katanya ketika ditemui media dalam program Taklimat, Daftar Dan Pemberian Vaksin Covid-19 kepada Warga Mukim Kirokot di Dewan Kampung Pahu, pada Rabu. 

Beliau berharap agar masyarakat yang hadir dapat memaklumkan saudara mara masing-masing untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga.

Pada program itu, seramai 300 penduduk sekitar Mukim Kirokot menerima vaksin Covid-19 dos pertama dan program seterusnya akan diadakan pada 16 Jun 2021 di Kampung Tiong. 

Turut hadir, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa dan Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Tambunan, Dr Evelyn Sungip. – JABATAN PENERANGAN SABAH

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular