HomeUtama233 Kes COVID-19 Dengan Satu Kluster Dikesan Di Sabah

233 Kes COVID-19 Dengan Satu Kluster Dikesan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 26 Second

10 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan peningkatan kes COVID-19 sebanyak 233 kes hari ini berbanding 232 kes semalam dengan mencatatkan satu kluster di Kota Kinabalu dan satu kes kematian.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada 233 kes jangkitan baharu yang direkodkan, sebanyak 128 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat.

“Manakala sebanyak 55 kes pula adalah daripada saringan kluster; 37 kes adalah daripada saringan bergejala; dua kes daripada saringan bersasar dan 11 kes adalah daripada lain-lain kes.

“Pada hari ini sebanyak 13 daerah mencatatkan peningkatan kes dengan 11 daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala dua lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes  pada julat dua angka,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, dua daerah yang mencatatkan julat dua angka iaitu Sandakan 33 kes (+24) dan jumlah kes positif di Kota Kinabalu hari ini adalah 58 kes (+19) dengan 19 kes adalah kes import daripada kluster Ocean Blue.

“Manakala satu kes lagi adalah daripada Kampung Muhibbah Likas yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Daerah Keningau kekal dengan catatan kes baharu sebagaimana hari kelmarin iaiatu dengan satu kes,”katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, sebanyak 12 daerah lagi di Sabah mencatatkan penurunan kes dimana sebanyak sembilan daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka manakala tiga lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka iaitu Tuaran; Kota Belud dan Penampang.

Katanya, hari ini sebanyak tiga daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran; Tenom dan Tambunan.

“Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang ingin bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi prosedur standard operasi (SOP),”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular