HomeIsu tempatanKita Mahu Beaufort 'Zero' Dadah - Datuk Isnin Aliasneh

Kita Mahu Beaufort ‘Zero’ Dadah – Datuk Isnin Aliasneh

Read Time:1 Minute, 13 Second

10 Jun 2021

[email protected]

BEAUFORT: Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasneh menerima Kunjungan Hormat dari rombongan Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Supritenden Polis (DSP) Yusoff Zaki Mat Yaacob bersama ketua-ketua bahagian Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort bagi membenteras secara besar-besaran kegiatan pengedaran dadah di kawasan Beaufort hari ini. (10 Jun)

Kunjungan tersebut bertempat di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) N32 Klias.


Datuk Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N32 Klias berkata, “kita mahu Beaufort ini zero (0) kes dadah, kita tidak berkompromi siapa yang terlibat ia mesti ditangkap untuk tindakan undang-undang.

“Saya arahkan semua pemimpin mesyarakat dan penduduk kampung agar bekerjasama dengan pihak polis, beri laporan jika didapati sesiapa yang terlibat dalan segala kegiatan jenayah dadah ataupun jenayah lain,” ujarnya.


Dalam perkembangan lain, Datuk Isnin bersama dengan DSP Yusof melawat kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti Taman Wawasan, Beaufort.


Menurut DSP Yusof dalam temubualnya kepada pemberita di lokasi PKPD, lawatan tersebut untuk memberi taklimat kepada penghuni yang terlibat di perumahan ini tentang apa tugas mereka dan siapa yang dibenarkan keluar dan siapa yang dibenarkan masuk di kawasan PKPD Taman Wawasan itu.


Katanya, “Kawasan PKPD Taman Wawasan melibatkan 2321 penduduk, 638 Ketua Isi Rumah (KIR) manakala Kampung Klias Baru, 545 penduduk, 235 KIR”.


Pihak polis juga menyelia lokaliti kawasan PKPD di Kampung Manggis, Kuala Penyu yang berakhir Sabtu ini.

“Kawalan ke semua laluan masuk kawasan PKPD dan ‘laluan tikus’ kini diperketatkan,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya