HomeUtamaBantuan Sabah Prihatin 3.0 Dilaksanakan, Ringankan Beban Golongan Terjejas PKP

Bantuan Sabah Prihatin 3.0 Dilaksanakan, Ringankan Beban Golongan Terjejas PKP

Read Time:3 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 kepada penduduk rakyat Sabah yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan itu melibatkan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM154, 835,981 yang akan diagihkan kepada golongan sasar yang terjejas.

“Bantuan ‘One-Off’ melibatkan jumlah RM 120,469,481 akan memberi manfaat kepada 370,432 penerima terdiri daripada anak yatim; orang tua; orang kurang upaya dan ibu tunggal.

“Selain itu,petani; nelayan; pekebun kecil; penternak; pemandu pelancong; malim gunung; porters; penggiat seni; pemandu teksi; pemandu bas; pemandu lori dan penjaja turut mendapat manfaat dari Bantuan Prihatin COVID-19 3.0 ini,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar Taklimat Pengurusan Keselamatan Dalam Tempoh PKP di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan sejumlah RM34,366,500 untuk 343,665 bakul makanan kepada golongan e-Kasih, golongan B40 dan Kuarantin Dirumah yang terkesan dengan PKP mulai 1 hingga 14 Jun ini.

“Mesyuarat Kabinet Negeri pada 9 Jun lalu telah memutuskan pemberian Bantuan Khas 3.0 COVID-19 dimana bantuan ini adalah tambahan kepada pelbagai jenis bantuan yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat baru-baru ini.

“Ia termasuklah Bantuan Prihatin Rakyat sebanyak RM2.1 bilion serta Geran Khas Prihatin sebanyak RM1.5 bilion kepada perusahan keil dan sederhana (PKS),”katanya.

Menurutnya, dengan penambahan bantuan 3.0 itu, secara keseluruhan sejumlah RM358,838,800 juta termasuk bantuan awal (bantuan 1.0 dan 2.0) telah dan akan diagihkan kepada rakyat yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik ini.

“Saya berharap bantuan ini (Bantuan Sabah Prihatin 3.0) akan membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik ini,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, bagi Bantuan Sabah Prihatin 3.0 yang diagihkan dalam masa terdekat yang merangkumi pembayaran secara tunai oneoff RM300, pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan bantuan kepada pelajar institusi pengajian swasta dan awam.

Katanya, Bantuan Sabah Prihatin itu akan diagihkan menerusi lapan kementerian, selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kepada golongan sasaran masing-masing.

Bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM45,612,200 juta diperuntukkan untuk bantaun One-Off RM300 kepada 153,914 penerima bagi kategori miskin, miskin tegar dan e-kasih.

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar pula menerima peruntukan sebanyak RM2,879,500 juta untuk diagihkan kepada 3,325 penerima yang membabitkan pemandu pelancong, pengiat seni, dive master, malim Gunung, porter, hotel, pengusaha pelancongan dan Persatuan Inap Desa.

Manakala untuk hotel dan penginapan pula, bagi hotel bertaraf empat dan lima bintang masing-masing akan menerima RM5,000 dan hotel bertaraf tiga, dua serta satu bintang sebanyak RM2,000; penginapan bertaraf tiga, dua dan satu Orkid (RM2,000); Persatuan Homestay atau Inap Desa (RM1,000) dan hotel yang belum mendapat penarafan (RM1,000) serta pengusaha Pelancongan (RM2,000).

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat pula menerima peruntukan sebanyak RM19,334,700 yang akan diagihkan secara tunai one off kepada 64,449 penerima merangkumi golongan sasaran daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am; Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bagi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Skim Bantuan Am, ia membabitkan skim bantuan am; bantuan anak yatim; bantuan orang tua; orang kelainan upaya (OKU) dan bantuan kanak-kanak manakala Jabatan Hal Ehwal Wanita adalah bantuan kepada ibu tunggal dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan bantuan veteran ATM.

Kementerian Pembangunan Perindustrian pula diperuntukkan sebanyak RM2,880,000 juta untuk bantuan one off membabitkan seramai 9,600 penerima kategori usahawan mikro dan kotej.

Bagi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pula, sebanyak RM15,120,765 juta diperuntukkan untuk bantuan one off kepada 16,153 penjaja kecil dan pengurusan PPR yang membabitkan pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan.

Kementerian Kerja Raya menerima peruntukan sebanyak RM1,156,500 juta untuk diagihkan secara tunai one off kepada 3,855 penerima yang membabitkan pemandu bas, lori, teksi, institusi memandu, pemandu bot dan pemohon baru.

Kategori nelayan, petani, pekebun kecil sawit (MPOB), pekebun kecil koko, pekebun kecil Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), penternak dan pekebun kecil Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) yang membabitkan seramai 99,902 penerima turut menerima bantuan one off menerusi peruntukan sebanyak RM29,970,600 juta daripada Kementerian Pertanian dan Perikanan.

Pejabat Tugas-Tugas Khas pula memperuntukkan sebanyak RM1,500,000 juta untuk bantuan kepada pelajar Institusi Pengajian Swasta / Awam manakala Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan RM500,000 untuk bantuan Prihatin Dapur Belia 4.0 Majlis Belia Sabah yang membabitkan 15,000 penerima.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pula menerima peruntukan sebanyak RM1,515,216 juta untuk bantuan one off kepada 4,234 penjaja kecil dan juga pengurusan PPR yang merangkumi pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan untuk PPR Taman Keramat, Putatan (432 unit) dan Taman Kurnia Jaya, Likas (46 unit).

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya