Penjawat Awam Negeri Sumbang Tabung Bencana Covid-19

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Selaras dengan pengumuman sumbangan penjawat awam oleh Ketua Setiausaha Negara pada 01 Jun 2021 telah mendapat sokongan dari kerajaan negeri Sabah.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong hari ini mengumumkan, Pengurusan Tertinggi di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah memutuskan penjawat awam negeri Gred 29 hingga Gred Turus turut menyumbang kepada Tabung Bencana Negeri (COVID-19) Sabah melalui pengurangan sebahagian dari Imbuhan Tetap Keraian (ITK) atau Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) untuk tempoh dua (2) bulan iaitu Jun dan Julai 2021.

Katanya, “pelaksanaan sumbangan ini sama seperti penjawat awam persekutuan iaitu potongan 50% daripada ITK untuk Gred Turus I hingga Turus III, 50% daripada ITK untuk Gred JUSA A, 20% daripada ITK untuk Gred JUSA B, 10% daripada ITK untuk Gred JUSA C, 5% daripada ITK/ITKA untuk Gred 44 hingga 54 dan RM10.00 daripada ITKA untuk Gred 29 hingga 41.

Sumbangan ini tidak melibatkan kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri.

“Pelaksanaan sumbangan ini tanda keprihatinan penjawat awam negeri kepada rakyat Sabah yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” tambahnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *