HomeUtamaJumlah Penerima Vaksin Terus Meningkat

Jumlah Penerima Vaksin Terus Meningkat

Read Time:1 Minute, 19 Second

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Seramai 1,220,939 individu telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 di negara ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitternya,  seramai 2,724,048 individu telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 3,944,987 dos.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 157,671 dos diikuti Sarawak (128,648), Kuala Lumpur (113,466), Johor (113,171) dan Perak (110,610).

Sementara itu jumlah penerima Vaksin di negeri Sabah juga menyaksikan 204,076 individu sudah menerima suntikan dos pertama manakala 98,910 individu pula sudah melengkapkan suntikan kos kedua.

Ianya menyaksikan peningkatan 13,303 individu yang menerima vaksin dimana  9772  individu menerima suntikan dos pertama  dan 3531 dos kedua berbanding data yang dikeluarkan JKAV pada 8 haribulan.

Program  berkenaan kini dalam fasa kedua bermula April lepas hingga Ogos ini dan akan melibatkan pemvaksinan ke atas 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya.

Fasa ketiga yang bermula bulan lepas hingga Februari 2022 pula melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Pada fasa pertama program yang berlangsung dari Februari hingga April lepas, seramai kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan menerima vaksin.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular