1,000 Kilogram Ikan Akan Disumbangkan Kepada Penduduk Kampung Di DUN Kundasang

Read Time:56 Second

10 Jun 2021

Normimie Diun

[email protected]


KOTA KINABALU: Sebanyak 1,000 kilogram ikan akan diagihkan kepada penduduk kampung yang berada di  kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, Ranau hari ini.(10 Jun 2021)

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pemilik kapal pukat, Alkarim Mussapa atas sumbangan ikan untuk diberikan kepada penduduk kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang yang terjejas dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang. 

Pengagihan akan dikendalikan oleh Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang.   

Baru-baru ini, pada 6 Jun, agihan bantuan diberikan kepada seramai 500 ketua isi rumah (KIR) dari lapan kampung yang telah menerima bantuan berupa sayur-sayuran menggunakan peruntukan khas daripada Dr. Joachim kepada Pemuda PBS dan juga sumbangan daripada pembekal sayur dari Kundasang, Yamming Taralia. 

Sementara itu, Dr. Jochim Gunsalam mengalu-alukan serta menghargai sumbangan bantuan daripada mana-mana pihak yang sudi memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. 

Sumbangan ikan berkenaan akan dihantar ke kampung -kampung manakala kos penghantaran ikan dibiayai oleh Dr. Joachim.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.