HomeIsu tempatanPemberian Komputer Riba Bukti Kerajaan Sabah Prihatin

Pemberian Komputer Riba Bukti Kerajaan Sabah Prihatin

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU : Usaha Kerajaan Sabah bagi menyediakan 10,000 unit komputer riba kepada pelajar miskin tegar dan tersenarai sebagai e-kasih adalah bagi memastikan semua yang terlibat terus mendapat pendidikan sewajarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan Fairuz Renddan berkata, kerajaan negeri tidak mahu ada pelajar yang tercicir dalam usaha mendapatkan pendidikan khasnya pada masa kini.

“Seperti yang sedia maklum, sesi persekolahan akan diteruskan dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sehingga 17 Julai depan dan pemberian komputer riba kepada golongan memerlukan amat bertepatan sekali.

“Ini juga adalah bukti keprihatinan Kerajaan Sabah yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang mahu semua pelajar mendapat pendidikan sebaiknya dan tidak ada pelajar yang tercicir dalam pembelajaran,”katanya dalam kenyataan disini.

Dalam perkembangan sama, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah turut menghargai inisiatif kerajaan negeri bagi mengagihkan bantuan sebanyak 10,000 unit komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) kepada golongan memerlukan.

Pengarah JPN Sabah Datuk Dr. Mistrine Radin berkata, di bawah inisiatif ini seramai 9,842 murid Tingkatan 5 dan 6 di sekolah bawah JPN Sabah dan 158 murid di sekolah bawah Sekolah Agama Negeri yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia bagi tahun 2021 akan menerima bantuan komputer riba.

“JPN Sabah bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah di seluruh negeri akan memberikan kerjasama penuh kepada Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti murid yang layak menerima bantuan tersebut.

“JPN Sabah mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Negeri Sabah untuk bersama-sama memastikan murid terus mendapat akses pendidikan mengikut kesesuaian murid dan guru, khususnya dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular