HomeIsu tempatanKGKS Sambut Baik Agihan Komputer Riba Dibawah Program BAIK

KGKS Sambut Baik Agihan Komputer Riba Dibawah Program BAIK

Read Time:1 Minute, 55 Second

10 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menyambut baik agihan sebanyak 10,000 unit komputer riba membabitkan pelajar yang termasuk dalam kategori e-kasih miskin tegar di bawah Program Bantuan Ehsan Komputer (BAIK).

Setiausaha Agung KGKS, Fadzil Mohd Jamil berkata, program BAIK yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dilihat tepat pada masanya dan bersesuaian dengan situasi pandemik semasa negara khususnya di Sabah.

“Agihan kepada pelajar miskin tegar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun ini berupaya mengurangkan bebanan dan kekangan dalam menjalani pembelajaran digital.

“Meskipun agihan ini tidak menyeluruh namun langkah ini suatu tindakan yang sangat diharapkan dan ke hadapan sebagai bukti keprihatinan kerajaan Sabah dalam memperkasakan pendidikan di negeri ini,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Fadzil berkata, bantuan ini  merupakan anugerah yang dinantikan pelajar terlibat berikutan kekurangan kemampuan untuk memilik komputer bagi tujuan pembelajaran.

Katanya, ketiadaan peranti yang bersesuaian serta kemudahan internet yang bermasalah dari segi capaian turut menjadi halangan dalam arus pendidikan digital semasa pandemik ini.

“Justeru itu,pemberian ini dilihat boleh mengurangkan bebanan tugas guru dan mengubat kekecewaan para guru khususnya penyertaan menyeluruh murid dalam pembelajaran atas talian Pengajaran dan  Pembelajaran Di Rumah (PDPR).

“Keprihatinan warga guru terhadap kualiti pembelajaran murid menjadi keutamaan agar tidak berlaku keciciran dan tidak ada murid yang tertinggal di belakang. Justeru dengan adanya pemberian ini akan membantu dalam memudahkan proses PDPR dan pembelajaran berlaku seperti yang dirancang,”katanya.

Dalam pada itu, Fadzil berkata, pihaknya merakamkan penghargaan di atas keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah serta tindakan yang diambil khususnya dalam usaha memperkasakan pendidikan di negeri ini.

Katanya, beberapa inisiatif serta insentif bantuan lain seperti Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara one off (BUDI), Bantuan Tunai Khas Peperiksaan (BAKTI) dan Bantuan Ehsan Makanan Pelajar Terjejas COVID-19 (IMPAK) amat dihargai

“KGKS  berpendirian  positif  dalam  hal  ini  kerana  keutamaan  adalah  memperkasakan  pendidikan  di negeri  ini. 

“Disamping  dengan  adanya kemudahan  ini  akan mempertingkatkan  komitmen,  dedikasi serta  iltizam  warga  guru  untuk  melaksanakan  amanah  sebagai  pendidik  kerana  sokongan  dan dorongan  kerajaan  negeri  yang  mantap.,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular