HomeUtama2 Kluster Berpunca Dari Tempat Kerja, 1 Kluster Dari Upacara Pengebumian

2 Kluster Berpunca Dari Tempat Kerja, 1 Kluster Dari Upacara Pengebumian

Read Time:1 Minute, 26 Second

13 Jun 2021

[email protected]

KOTA KINABALU: Tiga kluster baharu direkodkan hari ini, iaitu Kluster EIOZ Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Kluster Jalan Agaseh, Lahad Datu, Kluster Kg. Kebayu, Kota Belud, Keningau dan Kluster Jalan Agaseh, Lahad Datu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan medianya hari ini, daripada tiga kluster tersebut, dua Kluster EIOZ Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan Kluster Jalan Agaseh, Lahad Datu berpunca dari tempat kerja manakala Kluster Kg. Kebayu, Kota Belud, berpunca daripada upacara pengebumian.

Masidi yang juga Jururcakap Rasmi Covid-19 Negeri menjelaskan, Kluster Eioz Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang merupakan penularan jangkitan di tempat kerja melibatkan kakitangan Servay Express Warehouse di KKIP Selatan Kota Kinabalu.

Kebanyakan kes positif terdiri daripada
pekerja dari daerah Kota Kinabalu,
Penampang dan Tuaran, malah telah merebak kepada generasi kedua iaitu ahli keluarga kepada kakitangan di gudang terbabit.

Kes indeks adalah pekerja am, lelaki, 23, tinggal di Taman Sri Rugading Tuaran disahkan positif COVID-19 pada 03 Jun 2021, setelah mengalami gejala sejak 31 Mei 2021 di Hospital Tuaran.

Dalam pada itu, Kluster Kg Kebayau, Kota Belud, Keningau berkaitan rapat dengan majlis pengebumian di Kg Kebayau pada 26 Mei 2021.

Kes indeks merupakan tukang bina rumah, lelaki, 26, bergejala demam, batuk, sakit tekak serta hilang deria bau dan rasa sejak 30 Mei 2021, sebelum disahkan positif COVID-19 pada
03 Jun 2021.

Manakala Kluster Jalan Agaseh, Lahad Datu membabitkan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu sebuah syarikat kejuruteraan elektrik.

Kes indeks adalah warganegara, wanita, 64, yang dikesan positif COVID-19 pada 09 Jun 2021 hasil saringan bergejala di Klinik Kesihatan Lahad Datu.

“Oleh yang demikian, aktiviti pengesanan kontak dan siasatan punca jangkitan ketiga-tiga kluster sedang giat dijalankan,” tambah Masidi.

RELATED ARTICLES
Utama

Enam rumah musnah terbakar di Kampung Unta, Lahad Datu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya