HomeUtama5 Lokaliti Dikenakan PKPD, 2 Lagi Dilanjutkan Selama 2 Minggu Di Sabah

5 Lokaliti Dikenakan PKPD, 2 Lagi Dilanjutkan Selama 2 Minggu Di Sabah

Read Time:1 Minute, 11 Second

13 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Lima lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Selasa ini sehingga 28 Jun depan.

Antara kawasan terlibat ialah Batu 3.5 Jalan Apas (Kiri) Tawau; Taman Puri Warisan Kota Kinabalu dan Kampung Lebak Moyoh Kota Belud.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, selain itu dua lagi lokaliti di daerah Tuaran iaitu Taman Telipok Jaya dan Kampung Penimbawan turut dikenakan PKPD.

“Lima kawasan yang dikenakan PKPD selama 14 hari ini adalah selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan peningkatan kes yang ketara.

“Selain itu, dua kawasan yang sebelum ini dikenakan PKPD yang dijadualkan tamat pada 14 Jun akan dilanjutkan sehingga 28 Jun ini,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, dua kawasan yang dilanjutkan PKPD ialah Taman Pelangi Semporna dan PKPD Kampung Tanjung Kapor Kudat.

Dalam pada itu, Masidi berkata, dua kawasan PKPD yang dijadualkan tamat pada 15 Jun ini akan ditamatkan lebih awal bermula 14 Jun (jam 11.59 malam).

“Antara kawasan yang ditamatkan awal adalah PKPD Kampung Kuala Menggatal dan PKPD Jalan Klias 2 dan 3 Beaufort.

“KKM mengesahkan baki kes aktif dilokaliti ini menunjukkan penurunan dan kluster adalah terkawal serta kesemua kes positif telah menerima rawatan,”katanya.

Sementara itu, tiga lagi kawasan PKPD turut ditamatkan mengikut jadual iaitu pada 14 Jun melibatkan PKPD Kampung Assam Lahad Datu dan PKPD di Kampung Payas-Payas dan Kampung Rampayan Laut Kota Belud.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya