HomeIsu tempatanPengusaha Pelancongan Kinabatangan Lancar Inisiatif Pendaftaran Vaksin COVID

Pengusaha Pelancongan Kinabatangan Lancar Inisiatif Pendaftaran Vaksin COVID

Read Time:1 Minute, 21 Second

BERNAMA

KINABATANGAN – Prihatin terhadap pendaftaran rendah vaksinasi COVID-19 di Sabah, Persatuan Pengusaha Pelancongan Koridor Kehidupan Kinabatangan (KiTA) melancarkan inisiatif pendaftarannya sendiri yang turut menawarkan hadiah kepada penerima vaksin.

Presidennya Alexander Yee berkata inisiatif itu yang dijalankan bersama Hospital Kinabatangan, mengumpulkan penduduk Kampung Sukau dan Kampung Abai di mana anggota KiTA beroperasi, bagi membantu mendaftarkan mereka untuk suntikan vaksin tersebut.

Inisiatif KiTA bermula pada 9 Jun di Kampung Sukau melibatkan 86 penduduk kampung sebelum berpindah ke Kampung Abai pada hari berikutnya (10 Jun) melibatkan 50 individu.

Bagi menggalakkan penduduk kampung mendapat vaksin, KiTA turut menyumbangkan 500 pek beras 5kg sebagai hadiah kepada 500 orang pertama yang telah mengambil suntikan vaksin tersebut.

“Kami berharap orang ramai yang telah mendaftar dan telah mengambil suntikan vaksin tersebut akan membantu menyampaikan berita itu secara lisan untuk mempercepatkan proses suntikan vaksin.

“Pada masa ini, satu-satunya harapan untuk membendung dan memerangi COVID-19 adalah bagi mencapai 80 peratus suntikan vaksin ke atas penduduk kita. Lebih cepat kita dapat mencapai matlamat ini, lebih cepat kita dapat menyambung semula kehidupan kita seharian,” katanya dalam kenyataan

Yee juga berkata masa adalah penting kerana negara telah berada di bawah perintah sekatan selama lebih dari setahun sekarang.

Sehingga 10 Jun, menurut laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), kadar pendaftaran di Sabah adalah 20.66 peratus manakala 7.29 telah divaksin.

Di Kinabatangan, 6.03 peratus telah didaftarkan untuk vaksinasi.

Jabatan Kesihatan Sabah juga melaksanakan pendaftaran secara manual untuk suntikan vaksin tersebut selain pendaftaran di aplikasi MySejahtera.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya