Kerajaan Sabah Laksana 4 Kawasan PKPD

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan melaksanakan empat kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Kampung Sundang Laut, Sandakan, termasuk dua lokaliti di Penampang, Sabah yang melibatkan Country Heights Apartment dan Vista Minintod Apartment serta Kampung Skim Cocos, Kunak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 18 saringan dan 10 daripadanya disahkan positif COVID-19 di Kampung Sundang Laut, Sandakan.

Manakala, dua lokaliti di Penampang, Sabah yang melibatkan Country Heights Apartment dan Vista Minintod Apartment, KKM mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes dalam tempoh dua minggu apabila sebanyak 18 kes positif telah direkodkan daripada 25 disaring di Country Heights Apartment dan 14 kes positif di Vista Minintod Apartment hasil saringan ke atas 21 orang.

Katanya, bagi Kampung Skim Cocos, Kunak pula, KKM mengesahkan terdapat
peningkatan kes COVID-19 yang ketara dalam tempoh seminggu di lokaliti tersebut di mana 10 kes positif telah direkodkan dari 24 ujian saringan yang dijalankan dengan kadar positiviti 42%.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD) ke empat-empat kawasan terbabit berkuat kuasa 16 Jun sehingga 29 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19,” kata Masidi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *