Sabah Catat Penurunan Kes COVID-19

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 40 Second

14 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

KOTA KINABALU : Kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 62 kes iaitu daripada 335 kes kelmarin menurun kepada 273 kes hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes jangkitan baharu hari ini, sebanyak 146 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat dan 78 kes adalah daripada saringan kluster.

“Selain itu, sebanyak 16 kes adalah daripada saringan bergejala; 25 kes daripada saringan bersasar dan lapan kes adalah daripada lain-lain kes.

“15 Daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes dimana daripada jumlah itu sebanyak lapan daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka manakala tujuh daerah menunjukkan pada julat dua angka iaitu Tuaran; Lahad Datu; Papar; Kota Belud; Putatan; Tongod dan Nabawan,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Masidi yang juga jurucakap rasmi COVID-19 Sabah berkata, sebanyak enam daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan dua daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka.

Katanya, empat lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Kota Kinabalu (86 kes); Tawau (43 kes); Kudat (41 kes) dan Sandakan (23 kes) manakala daerah Kunak mencatatkan empat kes.

“Pada hari ini, sebanyak sembilan daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran; Tongod; Pitas; Kota Marudu; Ranau; Putatan; Kuala Penyu; Tenom dan Tambunan,”katanya.

Dalam perkembangan sama, penyumbang kepada jumlah kes di Kota Kinabalu yang agak tinggi pada hari ini dengan kumulatif 86 kes sebahagiannya adalah daripada empat kluster berlainan.

Katannya, sebanyak 57 kes dengan 29 kes didominasi oleh Kluster Ocean Blue yang telah mencatat kumulatif 157 kes hingga kini. 57 kes Saringan Kluster (Kota Kinabalu) hari ini dilakukan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan 29 kes dari Kluster Ocean Blue dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysua (KKM) sebanyak 28 kes.

“Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri,”katanya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *