HomeUtamaSabah Terus Catat Penurunan Kes COVID-19

Sabah Terus Catat Penurunan Kes COVID-19

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Sabah terus mencatatkan penurunan kes COVID-19 sebanyak 43 kes iaitu daripada 273 kes kelmarin kepada 230 kes pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 105 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat dan 75 kes lagi adalah daripada saringan kluster.

“Selain itu16 kes lagi adalah daripada saringan bergejala; 21 kes daripada saringan bersasar dan 13 kes lagi adalah daripada lain-lain kes.

“Sembilan daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes dimana sebanyak enam daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu angka, manakala tiga daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua angka,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Masidi berkata, daerah yang menunjukkan penurunan dua angka iaitu Sandakan (-22), Tawau (-16) dan jumlah kes positif COVID-19 di Kota Kinabalu hari ini adalah 49 kes (-37) dengan 24 kes adalah daripada Kluster Ocean Blue.

“Walau bagaimanapun, 12 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan 11 daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu angka, manakala satu lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua angka iaitu Kota Belud 17 kes (+14).

“Pada hari ini juga, sebanyak lapan daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Telupid, Kinabatangan, Pitas, Kota Marudu, Ranau, Kuala Penyu dan Tenom,”katanya.

Katanya, secara keseluruhan, perubahan angka yang tidak statik di daerah bukan Zon Hijau dan hanya satu daerah berzon hijau sangat signifikan kepada kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan kepada SOP yang telah digariskan.

Tambahnya, orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya