HomeUtamaKerajaan Laksana 8 PKPD di Sabah, 3 Tamat, 1 Lanjut

Kerajaan Laksana 8 PKPD di Sabah, 3 Tamat, 1 Lanjut

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti Kota Belud esok 16 Jun 2021 iaitu Taman Nikmat, Kampung Pirasan dan Kampung Dundau.

Manakala satu pelanjutan PKPD di Kampung Simpang Tuaran yang sepatutnya tamat pada 16 Jun tetapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati masih berlaku penularan di kawasan tersebut dan melanjutkan pelaksanaan PKPD dari 17 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun selaku Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah berkata dalam kenyataan medianya hari ini 15 Jun, kerajaan melaksanakan lapan lagi kawasan PKPD iaitu dua lokaliti di Kalabakan termasuk Kampung Rancangan dan Kampung Kijang Merotai, dua lokaliti di Tawau iaitu Kampung Tanjung Batu Tengah dan Taman Semarak Megah, Dua lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kampung Rampayan dan Kampung Kionsom Kecil, Kampung Taun Gusi Peningting, Kota Belud dan PPR Taman Ehsan, Kudat.

Katanya, KKM juga mendapati kes telah mula menular dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti-lokaliti tersebut.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di semua kawasan lokaliti terbabit berkuatkuasa 17 Jun sehingga 30 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,”ujar Masidi.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya