Tindakan Polis Banteras Abu Sayyaf Sangat Dihargai – Ruslan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:55 Second

15 Jun 2021
[email protected]

BEAUFORT : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam merakamkan penghargaan kepada pihak polis atas tindakan pantas membanteras kumpulan militan Abu Sayyaf yang disembunyi di daerah ini.

Katanya, ia termasuklah menjejak saki baki penjenayah dan memusnahkan penempatan yang masih ada di kawasan yang telah dikenalpasti pihak berkuasa.

“Awal Mei lalu, Beaufort digemparkan dengan penangkapan beberapa penjenayah yang dikehendaki kerajaan Philippines iaitu kumpulan Abu Sayyaf dan selepas itu berlaku pula tembak-menembak dengan pihak berkuasa.

“Tindakan pantas pihak berkuasa dalam memastikan ketenteraman awam dan kesejateraan masyarakat sentiasa dijaga adalah amat dihargai dan disanjung tinggi,,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjung hormat daripada Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superitenden Polis (DSP) Yusoff Zaki Yaacob di pejabatnya disini kelmarin.

Ruslan berkata, pihaknya turut akan bekerjasama dan memastikan hubungan erat antara pemimpin setempat bersama pihak berkuasa dapat terjalin bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terjaga.

“Saya amat berbesar hati dengan kunjungan hormat daripada pihak polis daerah Beaufort dan dengan ini akan dapat lagi mengeratkan silaturrahim selain mewujudkan kerjasama yang baik kepada penduduk setempat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *