442 calon peroleh gred cemerlang STAM 2020

Read Time:44 Second

KUALA LUMPUR – Seramai 3,656 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM ) layak untuk mendapatkan sijil masing-masing.

Pengarah Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, keputusan peperiksaan itu pada tahun lepas mencatatkan Nilai Gred Purata Nasional (GPN) 3.04.

Katanya, keputusan peperiksaan 2020 itu tidak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya kerana menggunakan format dan kurikulum baharu peperiksaan.

“Seramai 27 calon mendapat semua cemerlang (mumtaz) dalam semua 10 mata pelajaran daripada 7,277 calon yang mendaftar peperiksaan itu.

“Jumlah kehadiran calon menduduki peperiksaan direkodkan 83.39 peratus iaitu meningkat 16.61 peratus berbanding tiga tahun lepas,” katanya pada sidang media pengumuman keputusan peperiksaan STAM 2020 secara atas talian, hari ini.

Menurutnya, seramai 227 calon mendapat keputusan minimum sangat baik (jayyid jiddan), 926 calon memperoleh sekurang-kurangnya baik (jayyid) dan 2,477 calon mendapat maqbul (lulus) manakala, 1,918 calon tidak layak mendapat sijil

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.