HomeIsu tempatanMCMC Turun Padang Bantu Pelajar yang Terkesan

MCMC Turun Padang Bantu Pelajar yang Terkesan

Read Time:1 Minute, 17 Second

KENINGAU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama
wakil penyedia perkhidmatan terdiri daripada Celcom, Digi, Maxis dan YTL telah mengadakan pertemuan dengan Atiqah Nurqistina Jamain seorang pelajar tingkatan lima di Kg.Ranggom dekat sini, susulan dari masalah capaian internet yang dihadapi oleh pelajar berkenaan.

Ketua Pejabat MCMC Cawangan Keningau, Moris Miting berkata, pertemuan dengan pelajar tersebut bagi memahami masalah dan keperluan pelajar yang terkesan itu untuk meneruskan pembelajaran dari rumah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pihak MCMC juga memaklumkan bahawa pelbagai usaha giat diambil bagi memastikan masalah kesalinghubungan di kawasan berkenaan ditangani dengan segera.

Semasa lawatan tersebut, ujian kelajuan jalur lebar turut dijalankan di kawasan rumah pengadu dan hasil ujian mendapati liputan di lokasi adalah tidak memuaskan.

“Sebagai langkah sementara dalam
meringankan kesukaran yang dihadapi oleh Atiqah Nurqistina, kerja-kerja pengoptimuman akan dijalankan oleh pihak Maxis di lokasi menara terdekat iaitu di Kg. Labak Baru Bingkor.

“Selepas PKP Atiqah juga boleh mendaftar dan menjadi ahli Pusat Internet Komuniti (PIK) dan dia juga boleh mengguna pakai kemudahan Wifi yang sedia ada di PIK tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa PKP dan boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan,”kata Moris.

Dalam pada itu, untuk penyelesaian jangka panjang, solusi menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sudah pun dirancang.

Sebuah menara akan dibina oleh pihak Celcom menerusi projek JENDELA di Kg. Sungai Apin-Apin yang terletak lebih kurang 0.77 kilometer dari Kg. Ranggom.

“Pembinaan menara ini yang dijangka siap pada bulan April 2022 akan menyelesaikan masalah liputan yang dihadapi oleh pelajar berkenaan dan para penduduk di sekitar Kg. Ranggom,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya