COVID-19 : 395,739 Rakyat Di Sabah Telah Menerima Vaksin

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU : Seramai 395,739 individu di Sabah telah menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri sehingga hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 61,763 orang telah menerima vaksin bagi suntikan dos pertama pada fasa satu.

“Bagi dos kedua pada fasa pertama pula, seramai 53,196 orang telah selesai diberikan vaksin melalui PICK di Sabah.

“Manakala bagi fasa kedua untuk dos pertama pula, seramai 220,878 orang telah diberikan vaksin dan seramai 59,902 orang pula telah selesai menerima dos kedua pada fasa kedua ini,”katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, sehingga hari ini, sebanyak 743,552 pendaftaran penerima vaksin telah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera; laman web dan talian vaksinasi bersamaan dengan peratusan sebanyak 27 peratus.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *